Slider

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

Assalamualaikum. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Menurut Imam Al-Qurtubi, puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh manusia sebelum Islam seperti umat Nabi Musa dan Isa A'laihimassalam. Manakala Imam Mujahid pula berkata, Allah S.W.T telah memfardhukan puasa ke atas setiap umat dan pendapat ini dikuatkan lagi dengan pendapat Rasyid Ridho bahawa puasa ini pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama' Islam bahawa puasa diwajibkan atas segala pemeluk agama. Bangsa Mesir yang menyembah berhala juga berpuasa, bangsa Yunani memastikan setiap lelaki dan perempuan mereka berpuasa, demikian juga dengan bangsa Romawi dan orang-orang Hindu masih lagi meneruskan ibadah puasa mereka sehingga ke hari ini.
Puasa Ramadhan telah disyariatkan pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah di mana Allah S.W.T telah menurunkan ayat-ayat yang mewajibkan puasa pada ayat 183-185 dari surah Al-Baqarah. Rasulullah S.A.W berpuasa Ramadhan sebanyak sembilan kali sepanjang hidupnya iaitu lapan kali dengan dua puluh sembilan hari dan sekali sahaja puasa penuh tiga puluh hari. Namun ada riwayat yang lain pula sebanyak dua kali puasa penuh tiga puluh hari.
Di antara amalan yang digalakkan adalah seperti berikut:
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ( sebagai tanda kegembiraan )
2) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan (dikhuatiri ada hari akan terlupa niat)
3) Solat berjemaah setiap waktu di masjid / surau
4) Bertadarus Al-Quran, solat Terawih, Dhuha dan solat sunat yang lain
5) Bangun Qiyamullail walaupun sekali
6) Kurangi tidur dengan menghadiri majlis ilmu
7) Berbuat baik pada ahli keluarga dan jiran tetangga
8) Banyakkan bersedekah dan elakkan berbelanja berlebihan
9) Banyakkan i'tikaf di masjid ( bagi lelaki sahaja )
10) Banyak bersabar, selawat, istighfar dan bertasbih
11) Tunaikan zakat fitrah
SELAMAT BERAMAL!
Disediakan oleh : Ustaz Lukman Habil (2012)

SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment